Tuesday, May 26, 2009

Ustaz Abdullah Hamzah, Murabbi Lagenda Sandakan

Blog ini disapa oleh Abamuaz. Respon pertama. Jika tidak silap, abamuaz ialah Ustaz Abdullah Hamzah. Terima kasih di atas respon tersebut

Saya tidak mengenali Ustaz Abdullah Hamzah tetapi saya sangat kagum dengan ustaz. Dah lama saya cuba mengenali beliau melalui sahabat dan anak didikan beliau. Kenapa saya kagum dengan beliau?. jawapannya, Kekuatan tarbiah yang membenihkan kader dakwah di kalangan remaja.

Bagi saya, beliau adalah murabbi lagenda sandakan. berjaya menghasilkan benih-benih dakwah di bumi gersang dakwah, sandakan. Beliau umpama TG Yahya Othman, Ustaz Abu bakar Chik, TG Abdul Ghani Shamsudin, TG Siddiq Fadzil bagi gerakan Islam di negara ini. Jika bersempatan, saya sering cuba mencungkil rahsia tarbiah beliau daripada mustaman dan hasli serta rakan beliau, ustaz kamarudin. Saya juga melihat anak didik beliau yang aktif berorgamisasi seperti asti toba.

Saya berazam untuk mencontohi gerak kerja beliau, menghasilkan benih dakwah di sekolah sebelum pulang dijemputNya. Jika Ustaz Abdullah membaca tulisan ini, saya mengharapkan ustaz aktifkan blog ustaz dengan tip2 tarbiah remaja atau emailkan, spaqsandakan@gmail. Saya secara peribadi memerlukan tunjuk ajar ustaz. Bantuan ustaz sangat saya hargai.

Untuk pengetahuan ustaz, saya adalah manusia yang berasal daripada lubuk sekular. Dalam SPAQ ada beberapa ustaz. Kami baru ingin memulakan langkah dengan pelbagai kesempitan(ilmu, masa, tenaga, wang, idea). Pada peringkat ini, kami dianggap baru dilahirkan. Nak bersuara pun tak mampu lagi. Semoga ustaz mendoakan kemudahan bagi kami..

ridhwan
pengendali blog SPAQ Sandakan

1 comment:

  1. Salam..
    Pagi2 lagi saya dimaklumkan oleh pelajar tentang posting terbaru saudara Ridwan tentang saya. Terima kasih atas penghargaan itu. Tapi saya rasa it's too much.. siapa saya berbanding dengan tokoh2 yang lain tu.. saya cuba buat yang terbaik sekadar mampu sesuai dengan keadaan semasa. tak semua perancangan itu berjaya.. tetapi Allah maha besar. Ia tak pernah mengecewakan usaha hambanya..

    Insya Allah saya bersedia untuk membantu sdr Ridwan sekadar termampu.. Pengalaman berada di Sandakan amat mahal bagi saya.. nanti saya kongsi beberapa bahan yang masih dalam simpanan saya..

    Saya masih perlu banyak belajar dan tingkatkan diri untuk perjuangan yang masih jauh..

    Saya sekarang cuba melatih diri untuk menulis dan memblog di abamuaz.blogspot...

    saya juga perlu bimbingan dari saudara..

    ReplyDelete