Saturday, August 22, 2009

Jaga Aurat Anda!!

jaga aurat anda

Kita gembira melakukan perkara yang baik. Contohnya solat. Malangnya kita menggagalkan pahala solat kita dengan melanggari perkara yang dianggap remeh. cuba lihat gambar. keghairahan anak muda berpakaian ala bayi ini menyebabkan aurat terbuka.

hati-hati anak muda dalam beramal.

LELAKI BERAMBUT PANJANG??

oleh ustaz wan ji

Ada orang bertanya tentang hukum berambut panjang bagi orang lelaki. Bagi menjawabnya, dinyatakan seperti berikut;

Melihat kepada hadis-hadis, didapati rambut Nabi SAW ada beberapa keadaan, iaitu;

1- memanjangkan rambut sehingga sampai tahap cuping telinga.

Al-Barra’ bin ‘Azib mengatakan;

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم له شعر يبلغ شحمة أذنيه

Maksudnya;
“Nabi SAW mempunyai rambut sehingga mencecah cuping dua telinganya”

2- Panjang rambut nabi sehingga tahap diantara bahu dan telinganya

Anas bin Malik berkata;

كان شعر رسول الله صلى الله عليه وسلم بين أذنيه وعاتقه

Maksudnya;
“Rambut Nabi SAW panjang sehingga sampai tahap antara dua telinganya daripada bahunya”

3- Panjang mencecah bahu

Anas bin Malik meriwayatkan;

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يضرب شعرُه منكبيه

Maksudnya;
“Nabi SAW memanjangkan rambutnya sehingga mencecah dua bahunya”

Dari hadis-hadis yang dikemukakan ini, difahami bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW berambut panjang. Justeru, sesiapa sahaja dari kalangan umat mahu berambut panjang, maka itu bukanlah perkara yang dilarang.

Pun begitu, untuk berambut panjang, hendaklah diperhatikan perkara-perkara berikut;

1- hendaklah tidak menyerupai perempuan.
2- tidak menyerupai orang kafir.
3- sentiasa menjaga kebersihan dan disikat rambut itu.

sekian

Al-Bakistani