Saturday, September 19, 2009

Cat Steven




Cat Steven, kenapa kamu masuk Islam?

kamu berambut panjang
Mabuk berpanjangan

Cat Steven, kenapa kamu masuk Islam?
Apa rahsianya?.

MUSLIMAH : ANTARA NILAIAN KACA DAN PERMATA


Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my

http://www.hanan.com.my/



Tarikh: Khamis, 13 Mei 2004 @ 0:12:15
Topik: Tazkirah



Wanita terkenal dengan kelembutannya, namun kelembutan ini tidaklah bererti wanita itu bersifat dengan segala sifat kelemahan. Di sebalik tabir kelembutan inilah, terselindung kilauan mutiara yang telah menjadi idola Islam zaman-berzaman dalam menggemilangkan Islam di mata dunia. Muslimah beridentiti gemilang inilah yang pernah menjadi sayap kiri dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah.

Keruntuhan dan kegawatan yang berlaku pada hari ini terutamanya yang melibatkan muslimah
membuahkan persoalan, di manakah muslimah yang berjiwa kental seperti Saidatina Aisyah atau Ummu Habibah, mutiara Islam yang lahir dari tapak berlumpur dan lain-lain yang tercatat dalam sejarah agung Islam? Apakah mutiara ini hanya wujud dan bersinar pada zaman tersebut dan tidak zaman-berzaman?

FENOMENA MUSLIMAH HARI INI

Fenomena luka yang telah berlaku, kita telah kehilangan mutiara Islam terbesar ini yang lebih besar dari pemergian seorang ulama kerana telah terbukti tangan muslimah mampu menggoncang dunia. Lantaran itu, hilanglah mutiara dan lahirlah kaca yang pudar kilauannnya, tempang dalam tindak tanduknya dan tidak terarah. Adakalanya keterlaluan dalam sesuatu perkara tetapi mengabaikan dalam perkara yang lain. Kedapatan yang menjaga syariatnya tetapi mempermudahkan kebersihan diri dan jiwanya. Berpegang pada agama tetapi tidak menjaga lisannya dari mengumpat dan menyakiti orang lain. Melaksanakan ketaatan kepada suaminya tetapi gagal dalam hubungan kekeluargaan. Menjaga hubungan dengan orang lain tetapi melalaikan tuntutan istiqamah dalam menambah ilmu dan pengetahuan. Berikrar ingin menegakkan daulah tetapi gagal menyelesaikan masalah sendiri, lantas hidup dalam dunia angan-angan, alam fatamorgana, ummah terbiar tanpa pembelaan dan sokongan. Menjadikan afdalunNisa' sebagai idola tetapi dite-rima pakai pada luarannya bukan untuk dalamannya
dan sebagainya.

Islam tidak pernah bersikap diskriminasi dalam menghukum dan menjelaskan sesuatu hukum, tetapi kita yang menjuzukkan pengambilan hukum. Firman Allah Taala yang bermaksud
“Apakah kamu beriman dengan setengah daripada kitab dan kufur dengan setengah yang lain”.

Islam memberi dan tidak menanti pemberian tetapi kita mengambil Islam setelah mengira sebesar mana bahagian yang diambil menghasilkan keuntungan pada diri. Kita berpuashati dengan melihat keikhlasan dari kacamata sendiri bukan dari kacamata Islam. Lantaran itu, kita berada jauh dari keikhlasan yang sebenar. Inilah muslimah yang hilang identiti dan kekuatan jiwa tapi tidak menyedarinya.

PERMATA SEBENAR

Kalau suatu ketika dulu, muslimah bersyakhsiah tinggi ini amat diperlukan dalam memartabatkan Islam, kegawatan yang berlaku hari ini lebih-lebih lagi menagih muslimah seperti ini. Islam mengambil berat permasalahan umatnya dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya. Justeru, Al Quran dan As Sunnah memaparkan syakhsiah-syakhsiah penting yang perlu dilaksanakan dan dijaga dalam membentuk muslimah berkredibiliti unggul iaitu syakhsiah muslimah terhadap Tuhannya, dirinya, kedua ibubapanya, suaminya, anak-anaknya, persemendaannya, kaum kerabatnya, jirannya, saudara dan sahabatnya serta masyarakatnya.

Islam merangka sebuah kehidupan yang cukup lengkap dan utuh dalam membina keperibadian muslimah. Cumanya muslimah itu sendiri lalai dalam mencari dan menerimapakai cara tersebut. Rangka inilah yang perlu diwujudkan walau di mana jua muslimah berada. Misalnya, dalam pemilihan seorang suami, muslimah perlu menyerlahkan kematangan dan pegangannya agar tidak mudah goyah apabila terpaksa menerima pilihan keluarga yang tidak memenuhi kehendak agama. Kekuatan jiwanya juga tidak lemah ketika dilamar oleh lelaki yang mempunyai rupa atau harta atau kedudukan dalam masa yang sama lelaki tersebut tidak memenuhi tuntutan seorang suami di sisi Islam. Begitu juga dalam menjalani fatrah pertunangan muslimah tidak mudah terpedaya dengan desakan tunangan untuk melakukan perkara yang menjatuhkan dan menggadai maruah diri dan keluarga. Malah setelah berkahwin muslimah mampu untuk menambahkan saham suaminya dalam meningkatkan kematangan berfikir dan menyelesaikan masalah. Dalam menghadapi karenah hidup berumahtangga di samping sibuk dengan tugas yang lain, terserlah kekuatan jiwa dan imannya terutama tatkala menghadapi suami yang menggugat akidah dan agamanya.

MENJELMAKAN ROH IDOLA SRIKANDI ISLAM

Idola pilihan Islam, Ummu Sulaim binti Milhan dan anak-anaknya memaparkan kecekalan dan kekuatan imannya dalam keadaan suaminya Malik bin Nadir berada dalam kekufuran dan menentang Islam. Begitu juga contoh thabat yang ditunjukkan oleh Ummu Habibah binti Abu Sufyan dalam mempertahankan akidah dan agamanya pada hari suami kesayangannya murtad.

Suatu perkara asas atau mauqif yang perlu dijaga oleh muslimah ialah menjaga agamanya, kesuciannya aqidahnya dan menjadi muslimah yang diredhai oleh Allah. Sekiranya muslimah ini tidak mempunyai kekuatan syakhsiah yang tinggi dan tidak merasakan kemuliaan dirinya sebagai seorang muslimah nescaya dia tidak dapat mempertahankan aqidahnya apatah lagi dalam mempertahankan maruahnya. Namun begitu, kekentalannya tidaklah menyebabkan dia terkeluar dari garisan mentaati seorang suami, bergaul dan melakukan kebajikan kepada suaminya dan orang lain.Siapa sahaja yang menemuinya pasti merasa tenang di atas sikapnya yang berpakaian dengan pakaian iman dan taqwa.Bahkan kekuatan yang ada membentuk dirinya mampu
mempertimbangkan sesuatu perkara dengan bijaksana, dapat mengawal perkataan dan perbuatan, tidak cetek pemikirannya dalam bertindak dan tidak terburu-buru. Walaupun dalam keadaan marah dia masih bertindak berdasarkan kekuatan iman dan jiwa yang kuat. Saidatina Aisyah Ummul Mukminin yang terkenal dalam arena srikandi Islam yang berperibadi tinggi, mempunyai sifat redha yang mendalam terhadap Tuhan dan RasulNya. Segala perilakunya disulami dengan adab dan penuh kehormatan.

Peristiwa Aisyah ditimpa fitnah semasa pulang dari peperangan Musthalik adalah merupakan satu peristiwa yang Allah jadikan untuk menguji Rasulullah SAW dan seluruh umat Islam pada zaman tersebut. Dalam peristiwa ini jugalah jelas terpapar kekentalan Aisyah sebagai muslimah yang sabar dan mempunyai keimanannya dan kepercayaan pada Allah dalam membela dirinya.

Ibn Qayyim berkata, Semasa ujian ini didatangkan Allah telah menahan wahyu kepada Rasulullah SAW selama sebulan kerana Aisyah dan untuk mendatangkan hikmahnya yang telah diqada' dan qadarkan. Seterusnya dapat dilihat kehebatan syakhsiah Aisyah dari segi ma'rifatnya, kekuatan imannya, ketauhidannya dan keyakinannya terhadap Allah dalam membebaskannya dari kesalahan yang tidak dilakukannya dan keyakinannya terhadap suaminya Rasulullah saw.

Apakah masih ada wanita hebat seperti Aisyah pada zaman ini? Seharusnya muslimah yang mempunyai kecintaan yang tidak bertepi pada Khaliknya dan agamanya., mempunyai semangat yang tinggi untuk menjelmakan jiwa Ummul Mukminin ini di dalam dirinya. Kealpaan muslimah dalam mengenali muslimah-muslimah hebat Islam inilah yang meraih mereka untuk menyintai dan memakai pakaian wanita barat dalam kehidupan seharian.

Walaupun mereka telah sekian lama tiada tetapi roh jihad dan ketaqwaan mereka masih membara. Lantaran itu, muslimah perlu menggembeling tenaga dalam menjelmakan roh-roh ini ke dalam diri mereka dan meniupkannya ke dalam jiwa insan yang lain, demi menyelamatkan muslimah dan dunia hari ini dari keruntuhan.

Akta Hidu Gam

Segerakan Akta Hidu Gam

Oleh FUAD HADINATA YAACOB
hadinata@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Segerakan Akta Hidu Gam! Itu permintaan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu satu akta untuk mengawal aktiviti menghidu gam diwujudkan bagi membendung gejala itu di kalangan remaja terus menular.

Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Mohd Yunus Pathi, berkata gejala menghidu gam bukan perkara baru di negara ini, malah ia kian parah apabila semakin ramai ibu bapa tampil melaporkan anak mereka terbabit dengan masalah itu.

Katanya, di Pengasih sebagai contoh, ada ketikanya mereka tidak mampu menerima remaja yang terbabit dengan masalah menghidu gam disebabkan ketidakupayaan untuk menampung golongan berkenaan.

“Ada ibu bapa yang datang membawa anak mereka terpaksa kami tolak kerana sudah kronik. Mereka bermula daripada menghidu gam, kemudian beralih mengambil heroin, Ecstacy, Eramin 5 dan pelbagai lagi.
Isu ini juga banyak kali dibangkitkan NGO dan komuniti setempat, terutama membabitkan penduduk di rumah pangsa,” katanya.

Menurutnya, akta menghidu gam perlu untuk membendung remaja, khususnya membeli gam yang kemudian disalahgunakan.

“Sekarang kerajaan sudah perkenalkan akta untuk daun ketum dan juga melarang remaja bawah 18 tahun membeli rokok.

“Jadi perlu diwujudkan segera akta melarang remaja membeli gam, jika tidak satu hari nanti akan wujud masalah ramai remaja negara ini sakit mental,” katanya.

Menyentuh punca remaja hari ini mudah terjebak dalam aktiviti seperti itu, Yunus menyatakan, ia disebabkan masalah keluarga bertoksik.

“Saya gelarkan begitu kerana ada ahli keluarga menjatuhkan harga diri anak di depan orang lain, sama ada melalui perbuatan atau perkataan, sehingga mengakibatkan anak tersinggung.

“Apabila ini berlaku, anak lebih percaya rakan sebaya dan mereka mudah mengikut apa yang dilakukan. Kajian menunjukkan seorang penagih dadah berupaya menarik 10 orang lain,” katanya.

Sementara itu Setiausaha Agung Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), Datuk Kamilia Ibrahim, mahukan cadangan yang dikemukakan Pemadam dibentangkan segera untuk bacaan kali pertama di Parlimen.

Katanya, Pemadam mencadangkan kewujudan Akta Hidu Gam sejak 2007, namun sehingga kini belum mendapat kata putus daripada kerajaan mengenainya.

“Pemadam sudah lama cakap mengenai akta ini. Bukan saja ibu bapa, tetapi guru juga menyuarakan kebimbangan mengenai gejala ini kerana kesannya mereka terdorong melakukan jenayah selain masalah seperti sakit mental dan membawa maut,” katanya.

Kamilia berharap apabila akta seperti itu diwujudkan, aktiviti penjualan dapat dikawal dan dibendung supaya tidak mudah seseorang remaja membeli atau memilikinya.

“Tiba masanya menghidu gam diperangi habis-habisan berikutan jumlah penghidu di kalangan generasi muda kian meningkat.

“Malah Pemadam mengesan ada remaja bawah 13 tahun terbabit dalam aktiviti ini kerana bahan itu bukan saja mudah didapati tetapi harganya murah,” katanya.

Kamilia berkata, akta itu penting berikutan sehingga kini tiada tindakan boleh diambil ke atas mereka yang menyalah guna gam kerana ia hanya tertakluk kepada Akta Racun 1952.

Akta Racun 1952 yang terletak di bawah penguatkuasaan Kementerian Kesihatan diwujudkan untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan, penggunaan racun dan semua jenis ubat yang disenaraikan.



Ulasan Chegu Ridhwan

sangat baik dalam usaha membanteras gejala ini. Hidu gam menyongsang akal si penghisapnya.