Saturday, August 22, 2009

LELAKI BERAMBUT PANJANG??

oleh ustaz wan ji

Ada orang bertanya tentang hukum berambut panjang bagi orang lelaki. Bagi menjawabnya, dinyatakan seperti berikut;

Melihat kepada hadis-hadis, didapati rambut Nabi SAW ada beberapa keadaan, iaitu;

1- memanjangkan rambut sehingga sampai tahap cuping telinga.

Al-Barra’ bin ‘Azib mengatakan;

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم له شعر يبلغ شحمة أذنيه

Maksudnya;
“Nabi SAW mempunyai rambut sehingga mencecah cuping dua telinganya”

2- Panjang rambut nabi sehingga tahap diantara bahu dan telinganya

Anas bin Malik berkata;

كان شعر رسول الله صلى الله عليه وسلم بين أذنيه وعاتقه

Maksudnya;
“Rambut Nabi SAW panjang sehingga sampai tahap antara dua telinganya daripada bahunya”

3- Panjang mencecah bahu

Anas bin Malik meriwayatkan;

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يضرب شعرُه منكبيه

Maksudnya;
“Nabi SAW memanjangkan rambutnya sehingga mencecah dua bahunya”

Dari hadis-hadis yang dikemukakan ini, difahami bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW berambut panjang. Justeru, sesiapa sahaja dari kalangan umat mahu berambut panjang, maka itu bukanlah perkara yang dilarang.

Pun begitu, untuk berambut panjang, hendaklah diperhatikan perkara-perkara berikut;

1- hendaklah tidak menyerupai perempuan.
2- tidak menyerupai orang kafir.
3- sentiasa menjaga kebersihan dan disikat rambut itu.

sekian

Al-Bakistani

1 comment:

  1. POsting ini amat berguna kerana ia menjadi hujah untuk kita menternteramkan anak muda yang berambut agak panjang tetapi mahu kepada Islam. Rambut potong nipis menggunakan mesin hari ini diperkenalkan oleh saudagar Cina dan Para Kolonis British kerana ia fesyen bagi 2 bangsa tersebut di Malaya dahulu.

    ReplyDelete