Tuesday, June 30, 2009

Hukum Mandi Wajib

Pengenalan

Mandi dari sudut bahasa

سَيْلاَنُ المَاءِ عَلَى الشَيءِ

Mengalirkan air diatas sesuatu.

Dari sudut syara`

سَيْلاَنُ الْمَاءِ عَلَى جَمِيعِ الْبَدَنِ بِالنِّيةِ

mengalirkan air pada sekelian badan dengan niat

Tidak diwajibkan seorang itu mandi dengan segera dan jika derhaka dia dengan pekara yang mewajibkan mandi sekalipun, seperti seorang yang berjunub dengan berzina maka tidak diwajibkan atasnya segerakan mandi. Kerana terhenti derhakanya dengan ia meningalkan berzina. Bersalahan orang yang melumur badannya dengan najis, dia jadi derhaka dengan sebabnya maka wajib atasnya menghilangkannya dengan bersegera, kerana derhakanya itu kekal selama dia tidak menghilangkan najis yang ada pada badannya.

Terkadang seorang itu wajib bersegera mandi apabila dia takut luput sembahayang dalam waktu. Atau dia berada dadalam masjid yang ada didalamnya tempat mandi dan dia tidak boleh keluar daripadanya kerana ada bahaya dan seumpamanya.

Pekara yang mewajibkan mandi

Pakara yang mewajibkan mandi ada lima tidak termasuk mandi kerana terkena najis pada seluruh badan ini kerana menghilangkan najis pada badan tidak tertentu dengan mandi kerana apabila seorang yang terkena najis pada tubuhnya memada dengan mengelupas kulitnya dan tidak tingal lagi kulit yang ada najis maka tidak wajib ia mandi kerana hasil sucinya daripada najis.

1. Syara` mewajibkan kita memandikan mayat orang islam melainkan orang yang mati syahid. Kita tidak diwajib memandikan mayat orang kafir tetapi harus kita mandikan mereka itu, adapun orang yang mati syahid haram kita mandikan. Wajib memandikan mayat kanak-kanak yang gugur daripada perut ibunya yang sampai umurnya empat bulan jika tidak zahir padanya tanda hidup sekalipun.

2. Perempuan yang berhaidh wajib mandi dengan ijmak ulama`. Diwajib atasnya mandi setelah berhenti darah dan berkehendak memperbuat suatu yang tidak boleh dilakukan melainkan setelah mandi

3. Ijmak ulama` mewajibkan perempuan yang berhenti darah nifas mandi apabila ia hendak memperbuat suatu yang mewajibkan mandi

4. Beranak mewajibkan mandi dan jika anak yang keluar kering sekalipun. Kerana anak adalah mani yang beku, apabila keluar mani mewajibkan mandi maka keluar anak terlebih utama mewajibkan mandi. Perempuan yang keguguran samaada yang keluar itu ketul daging atau darah beku wajib ia mandi, apabila berkata doktor atau bidan ‘keduanya asal kejadian anak adam’. Wajib mandi perempua yang melahirkan anak apabila ia tidak kedatangan nifas dan sudah masuk waktu sembahayang. Bersalahan apabila tidak masuk waktu sembahayang atau ia kedatangan nifas mengiringi beranak maka tidak waji ia mandi

5. Berjunub mewajibkan mandi dengan ijmak kerana ferman الله

وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا

Dan jika berjunub kamu maka hendaklah kamu bersuci al-Maaidah ayat 6.

Rukun mandi

Rukun mandi selain daripada mandi mayat iaitu dua pekara

Rukun yang pertama: Niat didalam hati dan sunat melafazkan niat seperti berkata seorang نَوَيْتُ رَفَعَ الجَنَابَةِ Ertinya sahaja aku mengangkat janabah jika ia berjunub, نَوَيتُ رَفْعَ الْحَيضِ ertinya sahaja aku mengangkat haidh jika ia berhaidh atau نَوَيْتُ رَفْعَ النِّفَاسِ ertinya sahaja aku mengangkat nifas jika ia bernifas yakni mengangkat hukum janabah, haidh dan nifas. Dibolehkan jika diniat dengan niat yang umum, ini lafaz niatnya نَوَيْتُ رَفْعَ الْحَدَثِ الأَكْبَرِ ertinya sahaja aku mengangkat hadas yang besar atau نَوَيْتُ رَفْعَ الْحَدَثِ عَنْ جَمِيعِ الْبَدَنِ ertinya sahaja aku mengangkat hadas dari sekelian badan.

Jika ada pada diri seorang wanita janabah dan haidh memada ia berniat mengangkat haidh sahaja atau mengangkat janabah sahaja, maka terangkatlah janabah dan haidhnya serentak.

Waktu niat

Wajib menyertakan niat pada mula membasuh satu suku daripada badan samaada kepala, tangan,kaki atau sebagainya. Jika sudah dibasuh satu suku pada badan tanpa niat hendaklah diulangi tempat yang sudah dibasuh itu. Seperti seorang menjirus kepalanya dengan tidak niat dan berniat ia semasa air sampai di bahunya, maka wajib ia ulang membasuh kepalanya.

Rukun yang kedua: Meratakan air diseluruh zahir badan hinga kuku tangan dan kaki, dibawah kuku, sekelian rambut, sekelian bulu badan dan kulit di bawah tempat tumbuh rambut dan bulu, jika bulu itu tebal sekalipun, maka wajib meratakan air pada sekelian yang tersebut melainkan bulu yang tumbuh didalam lubang hidung.

Wajib menghurai simpulan rambut yang disimpul jika tidak sampai air di batinnya melainkan dengan dihurai. Wajib membuka sangul atau cocang yang dijalin jika tidak sampai air didalamnya. Tidak wajib menyampaikan air dibatin rambut yang tersimpul dengan sendirinya.

Wajib meratakan air pada zahir lubang telinga, zahir lubang hidung dan segala pcah-pecah kulit samaada pada tumit dan pada lainnya. Wajib menyampaikan air pada zahir faraj perempuan samaada anak dara atau janda. Diketahui zahir farajnya iaitu bahagian yang terbuka pada ketika duduk buang air / qada hajat. Wajib menyampaikan air dibawah kulup orang yang tidak berkhatan, pada pelipat kulit badan,dibawah buah dada, dibawah ketiak dan di dalam pusat kerana hadas besar melengkapi kesemua yang disebut. Demikian lagi wajib meratakan air pada bibir mulut dan wajib menghilangkan gincu kerana ia menegah sampai air pada bibir. Wajib meneran sedikit dubur supaya dapat sampai air padanya.

Tidak wajib ketika mandi berkumur dan memasukkan air kedalam hidung demikian lagi tidak wajib membasuh biji mata dan jika terbuka kerana terpotong sekalipun.

Syarat mandi

Syarat mandi seperti syarat wuduk sebelas perkara:

  1. Hendaklah mandi dengan air mutlak
  2. Yakin atau zan keadan air itu mutlak
  3. orang yang mandi hendaklah islam
  4. Orang yang mandi sudah mumayyis / dapat membeza antara buruk dan baik.
  5. mengekal kan niat yakni tida suatu yang memutuskan niat.
  6. suci daripada haidh dan nifas
  7. Tidak ada pada anggota pekara yang mengubahkan air dengan ubah yang memberi mudarat pada air seperti bedak.
  8. Tidak digantung / tidak ditaklik akan niat dengan suatu seperti katanya نَوَيْتُ رَفْعَ الْجَنَابَةِ إِنْ شَاءَ اللّهُ تَعَالَى sahaja aku mengangkat hadas janabah jika dikehendaki oleh اللّه
  9. Tidak ada pada anguta perkara yang menegah sampai air pada tempat yang wajib basuh.
  10. Mengetahui cara mandi dengan bahawa tidak mengangap yang sunat sebagai fardu dan sebaliknya.
  11. mengalirkan air pada seluruh tubuh sekira-kira ada aliran air. Tidak sah mandi jika sesaorang itu mensapukan air pada tubuhnya.

Pekara yang menegah sampai air dan hukumnya.

Wajib menghilangkan suatu yang boleh menegah sampai air pada anguta, seperti daki, lilin, getah, sisik ikan dan barang sebagainya.

Wajib membasuh tempat yang terkena suatu yang menegah sampai air dan mengulang sembahayang yang dikerjakan sesudah mandi apabila diyakini wujudnya sebelum mandi adapun jika syak seorang ke wujudannya selepas mandi seperti dilihat ada lilin pada tangannya sedangkan dia ada memegang lilin yang sedang menyala sebelum mandi dan selepas mandi, dia tidak wajib membasuh tompuk yang terkena lilin dan dia tidak wajib mengulangi sembahayang yang dikerjakan kemudian daripada mandi kerana kita hukumkan mengikut masa yang terhampir, maka masa yang terhampir disini ialah lilin itu terkena selepas mandi.

Tida wajib mengulang mandi keseluruhan tubuh apabila didapati ada suatu yang menegah sampai air pada satu anguta, hanya yang wajib ia basuh tempat yang terkena benda yang menegah setelah menghilangkannya.

Cara mandi orang yang dibalut angutanya kerana sakit

Pembalut, belat, external fixation / penetap luaran, P.O.P / simen dan tampal pada luka apabila tidak boleh ditangal ketika wajib mandi keran takut mudarat kepada si pemakai, dia hendaklah membasuh bahagian yang tidak ditutupi dengan pembalut dan menyapu air diatas keseluruhan pembalut dan seumpamanya jika pembalut menutup tempat yang tidak sakit; adapun jika pembalut menutup tempat yang sakit sahaja atau menutup lebih daripada tempat yang sakit tetapi ia basuh tempat yang tidak sakit dibawah pembalut tidaklah wajib ia menyapu air diatas pembalut pada dua masalah ini. Kemudian dia hendaklah tayamum ganti tempat yang tidak terkena air dibawah pembalut atau dia tayamum dahulu kemudian mandi. Yang terlebih utama tayamum kemudian mandi supaya hilang kesan debu.

Sembahayang yang dikerjakan selepas mandi yang tidak dapat membasuh di bawah pembalut tidak wajib diqadaq dengan beberapa syarat.

  1. Hendaklah pembalut dibalut pada ketika suci dari hadas
  2. Pembalut jangan melebehi kadar luka atau cedra, dan tadak melebehi kadar yang tidak dapat tidak mesti dibalut supaya menguatkan balutan
  3. Tida najis yang tiadak dimaafkan dibawah pembalut
  4. pembalut tidak dibalut pada anggota tayamum

Apabila tidak didapati salah-satudaripada tiga syarat ini maka wajib ia sembahyang kerana hormat waktu dan wajib pula ia mengqadaq sembahyang yang telah dikerjakan.

Contoh yang menepati syarat: Seorang yang terlibat dengan kemalangan patah kakinya, hendaklah ia mengangkat wuduq jika P.O.P / simen mesti dibalut pada bahagian kaki yang wajib dibasuh pada ketika berwuduk dan membasuh najis yang terkena pada kakinya seperti darah yang tidak dimaafkan jika ada dan membasuh keseluruhan kakinya dengan niat mandi junub jika ia berjunub kemudian dibalut kakinya kadar yang menguatkan percantuman tulang. Setelah itu jika ia berjunub dan tidak boleh dibuka simen / P.O.P hendaklah ia mandi sekelian anguta yang sihat kemudian ia sapu air diatas simen dan ia lap anguta tayamum dan hendaklah ia tayamum ganti membasuh dibawah simen

Sunat-sunat mandi

Sunat-sunat mandi amat banyak sebahagian daripadanya, mengadap kiblat pada ketika mandi dan mengucap

Sunat berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung. Sunat menghilangkan benda yang keji tetapi suci seperti air mani dan hingus. Sunat membasuh najis hukmi / najis yang tidaboleh dilihat oleh mata atau najis a`ini / najis yang boleh dilihat oleh mat yang boleh hilang dengan sekali lalu air. Adapun najis a`ini yang tida hilang melainkan dua kali jirus atau lebih maka wajib membasuhnya dahulu. Sunat menangalkan cincin jika sampai air dibawahnya jika tidak sampai air dibawahnya wajib menangalkannya.

Sunat berwuduk

Setengah daripada sunat mandi mengambil wuduk dengan sempurna kemudian daripada menghilangkan yang keji-keji yang tersebut

Hasil sunat mandi dengan mendahulu sekelian wudhk daripada mandi atau mendahulukan setengah wuduk dan menkemudiankan setengahnya daripada mandi atau mengambil wudhu’ sekelianya pada pertenghan mandi. Tetapi yang afdal mendahulukan wudhu’ daripada mandi.

Jika seorang yang berjunub mempunyai wuduk dia hendaklah niat sunat wuduk pada ketika berwuduk adapun jika dia berhadas dia hendaklah niat fardu wuduk. Apabila berhadas / batal wuduk seorang pada ketika mandi dia disunatkan mengulangkan wuduknya.

Makruh meningalkan berwuduk, berkumur-kumur dan memasukkan air kedalam hidung.

Mengosok

Kemudian daripada berwuduk sunat bersunguh-sunguh menyampaikan air pada seluruh tubuh dengan mengosok-gosok pada sekelian pelipat seperti pelipat perut, hadapan hidung, hujung mata, bawah telinga dan lainya iaitu pada sekelian tempat yang sukar sampai air; ini jika sampai air dengan jirus adapun jika tidak sampai air dengan semata-mata jirus maka wajib ia mengosok. Sunat menyalati rambut dan jangut. Sunat meniga-niga pada gosok dan menyalati.

Mualat

Sunat mualat / berturut-turut pada membasuh anguta, yakni tidak wajib membasuh sehinga selesai ke semua anggota hanya sunat. Seorang harus mandi sebahagian tubuhnya seperti kepala dan menyambung membasuh anguta yang belum dibasuh pada ketika yang lain.

Perempuan berhaidh dan bernifas disunatkan memakai bau-bauan selepas mandi

Seorang wanita yang berhaidh atau bernifas disunatkan memakai bau-bauwan setelah selesai mandi, supaya tidak terbau kesan darah yang terkena pada tubuhnya.

Sebaiknya diletakan kasturi pada secebis kapas dan dimasukkan pada tempat yang wajib dibasuh pada farajnya. Jika tiada kasturi bolehlah ia guna apa sahaja pewangi yang suci. Jika tidak ada wangian disunatkan ia menguna tanah lumpur. Makruh ia tingalkan memakai bau-bauan.

Mandi-mandi sunat

Mandi hari jumaat: Sunat mandi pada hari jumaat bagi mereka yang hendak hadir sembahyang jumat. Masuk waktunya dengan terbit fajar pagi jumat dan berkekalan waktunya sehinga tidak sempat ia hendak mengerjakan jumaat. Waktu yang afdal ketika hampir hendak pergi ke tempat jumaat

Mandi hari raya: Sunat mandi bagi sekelian umat islam samaada yang berkehendak hadir sembahyang hari raya atau tidak pada dua hari raya iaitu Aidil fitri dan Aidil adha. Masuk waktunya pada tengah malam dan keluar waktunya dengan terbenam matahari hari raya. Waktu yang afdal setelah terbit fajar.

Mandi kerana sembahyang mintak hujan: Masuk waktunya kepada mereka yang berkehendak sembahyang seorang diri dengan berkehendak melakukan sembahyang dan kepada mereka yang berkehendak sembahyang berjamaah masuk waktunya apabila hampir berhimpun manusia. Keluar waktunya dengan keluar daripada sembahyang.

Mandi kerana gerhana matahari dan bulan: Masuk waktunya dengan permulan gerhana dan keluar waktunya dengan selesai gerhana.

Mandi kafir masuk islam: Sunat mandi jika tidak berjunub, haidh, nifas atau beranak semasa kufurnya, adapu jika berjunub dan lainya maka wajib ia mandi.

Baki mandi sunat sila rujuk kitab yang lain sebahagiannya mandi selepas memandikan mayat, mandi sembuh daripada gila atau pitam jika tidak berhadas ia ketika itu, mandi kerana hendak ihram.

Ini sahaja yang saya dapat catitkan daripada ilmu yang الّله kurniakan kepada saya والّله أعلم

وصلى الّله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم والحمد الّله رب العالمين

Last Updated ( Tuesday, 30 June 2009 )

Tuesday, June 23, 2009

Perbedaan antara Darah Haid, Istihadhah dan Darah Nifas

www.asysyariah.com


Apa perbedaan antara darah haid, istihadhah, dan darah nifas?

Jawab:
Asy-Syaikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di rahimahullahu menjawab secara panjang lebar yang kami ringkaskan sebagai berikut, “Tiga macam darah yang ditanyakan keluar dari satu jalan. Namun namanya berbeda, begitu pula hukum-hukumnya, karena perbedaan sebab keluarnya.

Adapun darah nifas sebabnya jelas, yaitu darah yang keluar dari seorang wanita karena melahirkan. Darah nifas ini merupakan sisa darah yang tertahan di dalam rahim sewaktu hamil. Bila seorang wanita telah melahirkan kandungannya, darah itu pun keluar sedikit demi sedikit. Bisa jadi waktu keluarnya lama/panjang, dan terkadang singkat. Tidak ada batasan minimal waktu nifas ini. Adapun waktu maksimalnya menurut mazhab Hambali adalah 40 hari, dan bila lebih dari 40 hari darah masih keluar sementara tidak bertepatan dengan kebiasaan datangnya waktu haid maka darah tersebut adalah darah istihadhah. Namun menurut pendapat yang shahih, tidak ada pula batasan waktu maksimal dari nifas ini.

Darah yang keluar bukan karena sebab melahirkan adalah darah haid sebagai suatu ketetapan dan sunnatullah atas seorang wanita. Di mana bila si wanita sudah dapat hamil dan melahirkan maka secara umum akan datang kepadanya haid di waktu-waktu tertentu, sesuai dengan keadaan dan kebiasaan si wanita. Bila seorang wanita hamil umumnya ia tidak mengalami haid, karena janin yang dikandungnya beroleh sari-sari makanan dengan darah yang tertahan tersebut.

Keluarnya darah haid menunjukkan sehat dan normalnya si wanita. Sebaliknya tidak keluarnya darah haid menunjukkan ketidaksehatan dan ketidaknormalan seorang wanita. Makna ini disepakati oleh ahli ilmi syar’i dan ilmu kedokteran, bahkan dimaklumi oleh pengetahuan dan kebiasaan manusia. Pengalaman mereka menunjukkan akan hal tersebut. Karena itulah ketika memberikan definisi haid, ulama berkata bahwa haid adalah darah alami yang keluar dari seorang wanita pada waktu-waktu yang dimaklumi.

Menurut pendapat yang shahih, tidak ada batasan umur minimal seorang wanita mendapatkan haid. Begitu pula batasan waktu minimal lamanya haid, sebagaimana tidak ada batasan maksimalnya. Tidak ada pula batasan minimal masa suci di antara dua haid. Bahkan yang disebut haid adalah adanya darah, dan yang disebut suci adalah tidak adanya darah. Walaupun waktunya bertambah atau berkurang, mundur ataupun maju, berdasarkan zahir nash-nash syar’i yang ada, dan zahir dari amalan kaum muslimin. Juga karena tidak melapangkan bagi wanita untuk mengamalkan selain pendapat ini.

Adapun istihadhah adalah darah yang keluar dari seorang wanita di luar kebiasaan dan kewajaran, karena sakit atau semisalnya.

Bila seorang wanita terus menerus keluar darah dari kemaluannya, tanpa berhenti, maka untuk mengetahui apakah darah tersebut darah haid ataukah darah istihadhah bisa dengan tiga cara berikut ini secara berurutan.

(1) Apabila sebelum mengalami hal tersebut ia memiliki kebiasaan (‘adah) haid maka ia kembali pada kebiasaannya (‘adah-nya). Ia teranggap haid di waktu-waktu ‘adah tersebut, adapun selebihnya berarti istihadhah. Selesai masa ‘adah-nya ia mandi dan boleh melakukan ibadah puasa dan shalat (walau darahnya terus keluar karena wanita istihadhah pada umumnya sama hukumnya dengan wanita yang suci, pent.).

(2) Bila ternyata si wanita tidak memiliki ‘adah dan darahnya bisa dibedakan, di sebagian waktu darahnya pekat/kental dan di waktu lain tipis/encer, atau di sebagian waktu darahnya berwarna hitam, di waktu lain merah, atau di sebagian waktu darahnya berbau busuk/tidak sedap dan di waktu lain tidak busuk, maka darah yang pekat/kental, berwarna hitam, dan berbau busuk itu adalah darah haid. Yang selainnya adalah darah istihadhah.

(3) Apabila si wanita tidak memiliki 'adah dan tidak dapat membedakan darah yang keluar dari kemaluannya, maka di setiap bulannya (di masa-masa keluarnya darah) ia berhaid selama enam atau tujuh hari karena adanya hadits-hadits yang tsabit dalam hal ini. Kemudian ia mandi setelah selesai enam atau tujuh hari tersebut walaupun darahnya masih terus keluar. Sedapat mungkin ia menyumpal tempat keluarnya darah (bila darah terus mengalir) dan berwudhu setiap kali ingin menunaikan shalat.” (Al-Irsyad ila Ma’rifatil Ahkam, hal. 23-26 sebagaimana dinukil dalam Fatawa Al-Mar’ah Al-Muslimah, hal. 263-265)

Wallahu ta’ala a’lam bish-shawab.

Bila Kebiasaan (‘Adah) Haid Berubah-ubah

Apa yang harus dilakukan seorang wanita apabila ‘adah haidnya berubah-ubah, terkadang maju, terkadang mundur, atau terkadang bertambah dan di kali lain berkurang?

Jawab:
Asy-Syaikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di rahimahullahu menjawab, “Menurut mazhab Hambali, wanita yang mengalami kejadian seperti itu tetap berpegang dengan kebiasaan (‘adah) haid sebelumnya. Dia tidak beralih pada ‘adah yang baru sampai ‘adah yang baru tersebut berulang1. Namun pendapat ini tidak dapat diamalkan, karena amalan manusia terus menerus berjalan di atas pendapat yang shahih yang disebutkan di dalam kitab Al-Inshaf. Tidak ada yang melapangkan bagi wanita selain mengamalkan pendapat yang shahih ini, yaitu bila seorang wanita melihat keluarnya darah haid dari kemaluannya maka ia berhenti dari mengerjakan shalat dan puasa. Bila ia melihat dirinya telah suci (darahnya tidak lagi keluar) dengan jelas, maka ia pun bersuci dengan mandi dan setelahnya boleh mengerjakan shalat. Sama saja dalam hal ini apakah ‘adahnya maju ataupun mundur. Sama saja apakah waktu haidnya bertambah (ataupun berkurang).

Misalnya, ‘adah (kebiasaan haid) si wanita lima hari namun ia melihat darahnya masih keluar sampai hari ketujuh, maka ‘adahnya sekarang beralih menjadi tujuh hari, tanpa menunggu berulangnya kejadian seperti ini pada masa haid di bulan berikutnya.

Inilah yang diamalkan oleh para wanita dari kalangan sahabat Rasulullah radhiyallahu ‘anahuma, semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala meridhai mereka semuanya. Demikian pula wanita dari kalangan tabi’in. Sampaipun yang kami dapatkan dari guru-guru kami. Mereka tidaklah berfatwa kecuali dengan pendapat ini. Karena pendapat yang menyatakan seorang wanita tidak boleh beralih kepada ‘adah yang baru sampai ‘adah yang baru tersebut berulang sebanyak tiga kali merupakan pendapat yang tidak memiliki sandaran dalil, bahkan menyelisihi dalil.

Demikian pula menurut pendapat yang shahih, tidak ada batasan umur seorang wanita mengalami haid, walaupun usianya di bawah 9 tahun atau lebih dari 50 tahun. Selama si wanita melihat darah keluar, maka ia berhenti dari mengerjakan ibadah. Karena darah haid ini merupakan asal (mesti dialami oleh setiap wanita yang sehat/normal dan keluarnya rutin), sementara darah istihadhah keluarnya karena satu dan lain hal (tidak mesti keluarnya dan tidak mesti dialami oleh semua wanita).” (Al-Fatawa As-Sa’diyyah, hal. 135, 136 sebagaimana dinukil dalam Fatawa Al-Mar’ah Al-Muslimah, hal. 267)

1 Berulang sebanyak tiga kali, misalnya 'adah si wanita 5 hari, namun di bulan Syawwal ia melihat darah masih keluar sampai hari ke-7. Maka ia tetap berpegang dengan 'adah-nya yang 5 hari. Ternyata di bulan Dzulqa'dah ia kembali mengalami kejadian yang sama, yaitu melihat darah masih keluar sampai hari ke-7. Demikian pula di bulan Dzulhijjah. Dengan kejadian yang berulang sebanyak tiga kali ini, berarti 'adah-nya telah berubah dari 5 menjadi 7 hari.

Friday, May 29, 2009

MENGENAL ALLAH

Tak kenal maka tak sayang, demikian bunyi pepatah. Banyak orang mengaku mengenal Allah, tapi mereka tidak cinta kepada Allah. Buktinya, mereka banyak melanggar perintah dan larangan Allah. Sebabnya, ternyata mereka tidak mengenal Allah dengan sebenarnya.

Sekilas, membahas persoalan bagaimana mengenal Allah bukan sesuatu yang asing. Bahkan mungkin ada yang mengatakan untuk apa hal yang demikian itu dibahas? Bukankah kita semua telah mengetahui dan mengenal pencipta kita? Bukankah kita telah mengakui itu semua?

Kalau mengenal Allah sebatas di masjid, di majelis dzikir, atau di majelis ilmu atau mengenal-Nya ketika tersandung batu, ketika mendengar kematian, atau ketika mendapatkan musibah dan mendapatkan kesenangan, barangkali akan terlontar pertanyaan demikian.

Yang dimaksud dengan mengenal Allah yaitu mengenal Allah yang akan membuahkan rasa takut kepada-Nya, tawakal, berharap, menggantungkan diri, dan ketundukan hanya kepada-Nya. Sehingga kita bisa mewujudkan segala bentuk ketaatan dan menjauhi segala apa yang dilarang oleh-Nya. Yang akan menenteramkan hati ketika orang-orang mengalami gundah-gulana dalam hidup, mendapatkan rasa aman ketika orang-orang dirundung rasa takut dan akan berani menghadapi segala macam problema hidup.

Faktanya, banyak yang mengaku mengenal Allah tetapi mereka selalu bermaksiat (dan ingkar) kepada-Nya siang dan malam. Lalu apa manfaat kita mengenal Allah kalau keadaannya demikian? Dan apa artinya kita mengenal Allah sementara kita melanggar perintah dan larangan-Nya?

Maka dari itu mari kita menyimak pembahasan tentang masalah ini, agar kita mengerti hakikat mengenal Allah dan bisa memetik buahnya dalam wujud amal.

Mengenal Allah ada empat cara yaitu mengenal wujud Allah, mengenal Rububiyah Allah, mengenal Uluhiyah Allah, dan mengenal Nama-nama dan Sifat-sifat Allah.

Keempat cara ini telah disebutkan Allah di dalam Al Qur’an dan di dalam As Sunnah baik global maupun terperinci.

Ibnul Qoyyim dalam kitab Al Fawaid hal 29, mengatakan: “Allah mengajak hamba-Nya untuk mengenal diri-Nya di dalam Al Qur’an dengan dua cara yaitu pertama, melihat segala perbuatan Allah dan yang kedua, melihat dan merenungi serta menggali tanda-tanda kebesaran Allah seperti dalam firman-Nya: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian siang dan malam terdapat (tanda-tanda kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memiliki akal.” (QS. Ali Imran: 190)

Juga dalam firman-Nya yang lain: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang, serta bahtera yang berjalan di lautan yang bermanfaat bagi manusia.” (QS. Al Baqarah: 164)

Mengenal Wujud Allah.

Yaitu beriman bahwa Allah itu ada. Dan adanya Allah telah diakui oleh fitrah, akal, panca indera manusia, dan ditetapkan pula oleh syari’at.

Ketika seseorang melihat makhluk ciptaan Allah yang berbeda-beda bentuk, warna, jenis dan sebagainya, akal akan menyimpulkan adanya semuanya itu tentu ada yang mengadakannya dan tidak mungkin ada dengan sendirinya. Dan panca indera kita mengakui adanya Allah di mana kita melihat ada orang yang berdoa, menyeru Allah dan meminta sesuatu, lalu Allah mengabulkannya. Adapun tentang pengakuan fitrah telah disebutkan oleh Allah di dalam Al Qur’an: “Dan ingatlah ketika Tuhanmu menurunkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman ): ‘Bukankah Aku ini Tuhanmu’ Mereka menjawab: ‘(Betul Engkau Tuhan kami) kami mempersaksikannya (Kami lakukan yang demikian itu) agar kalian pada hari kiamat tidak mengatakan: ‘Sesungguhnya kami bani Adam adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan-Mu) atau agar kamu tidak mengatakan: ‘Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu sedangkan kami ini adalah anak-anak keturunan yang datang setelah mereka.’.” (QS. Al A’raf: 172-173)

Ayat ini merupakan dalil yang sangat jelas bahwa fitrah seseorang mengakui adanya Allah dan juga menunjukkan, bahwa manusia dengan fitrahnya mengenal Rabbnya. Adapun bukti syari’at, kita menyakini bahwa syari’at Allah yang dibawa para Rasul yang mengandung maslahat bagi seluruh makhluk, menunjukkan bahwa syari’at itu datang dari sisi Dzat yang Maha Bijaksana. (Lihat Syarah Aqidah Al Wasithiyyah Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin hal 41-45)

Mengenal Rububiyah Allah

Rububiyah Allah adalah mengesakan Allah dalam tiga perkara yaitu penciptaan-Nya, kekuasaan-Nya, dan pengaturan-Nya. (Lihat Syarah Aqidah Al Wasithiyyah Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin hal 14)

Maknanya, menyakini bahwa Allah adalah Dzat yang menciptakan, menghidupkan, mematikan, memberi rizki, mendatangkan segala mamfaat dan menolak segala mudharat. Dzat yang mengawasi, mengatur, penguasa, pemilik hukum dan selainnya dari segala sesuatu yang menunjukkan kekuasaan tunggal bagi Allah.

Dari sini, seorang mukmin harus meyakini bahwa tidak ada seorangpun yang menandingi Allah dalam hal ini. Allah mengatakan: “’Katakanlah!’ Dialah Allah yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya sgala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan-Nya.” (QS. Al Ikhlash: 1-4)

Maka ketika seseorang meyakini bahwa selain Allah ada yang memiliki kemampuan untuk melakukan seperti di atas, berarti orang tersebut telah mendzalimi Allah dan menyekutukan-Nya dengan selain-Nya.

Dalam masalah rububiyah Allah sebagian orang kafir jahiliyah tidak mengingkarinya sedikitpun dan mereka meyakini bahwa yang mampu melakukan demikian hanyalah Allah semata. Mereka tidak menyakini bahwa apa yang selama ini mereka sembah dan agungkan mampu melakukan hal yang demikian itu. Lalu apa tujuan mereka menyembah Tuhan yang banyak itu? Apakah mereka tidak mengetahui jikalau ‘tuhan-tuhan’ mereka itu tidak bisa berbuat apa-apa? Dan apa yang mereka inginkan dari sesembahan itu?

Allah telah menceritakan di dalam Al Qur’an bahwa mereka memiliki dua tujuan. Pertama, mendekatkan diri mereka kepada Allah dengan sedekat-dekatnya sebagaimana firman Allah:

“Dan orang-orang yang menjadikan selain Allah sebagai penolong (mereka mengatakan): ‘Kami tidak menyembah mereka melainkan agar mereka mendekatkan kami di sisi Allah dengan sedekat-dekatnya’.” (Az Zumar: 3 )

Kedua, agar mereka memberikan syafa’at (pembelaan ) di sisi Allah. Allah berfirman:

“Dan mereka menyembah selain Allah dari apa-apa yang tidak bisa memberikan mudharat dan manfaat bagi mereka dan mereka berkata: ‘Mereka (sesembahan itu) adalah yang memberi syafa’at kami di sisi Allah’.” (QS. Yunus: 18, Lihat kitab Kasyfusy Syubuhat karya Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab)

Keyakinan sebagian orang kafir terhadap tauhid rububiyah Allah telah dijelaskan Allah dalam beberapa firman-Nya:
“Kalau kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan mereka? Mereka akan menjawab Allah.” (QS. Az Zukhruf: 87)
“Dan kalau kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan yang menundukkan matahari dan bulan? Mereka akan mengatakan Allah.” (QS. Al Ankabut: 61)
“Dan kalau kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan bumi setelah matinya? Mereka akan menjawab Allah.” (QS. Al Ankabut: 63)

Demikianlah Allah menjelaskan tentang keyakinan mereka terhadap tauhid Rububiyah Allah. Keyakinan mereka yang demikian itu tidak menyebabkan mereka masuk ke dalam Islam dan menyebabkan halalnya darah dan harta mereka sehingga Rasulullah mengumumkan peperangan melawan mereka.

Makanya, jika kita melihat kenyataan yang terjadi di tengah-tengah kaum muslimin, kita sadari betapa besar kerusakan akidah yang melanda saudara-saudara kita. Banyak yang masih menyakini bahwa selain Allah, ada yang mampu menolak mudharat dan mendatangkan mamfa’at, meluluskan dalam ujian, memberikan keberhasilan dalam usaha, dan menyembuhkan penyakit. Sehingga, mereka harus berbondong-bondong meminta-minta di kuburan orang-orang shalih, atau kuburan para wali, atau di tempat-tempat keramat.

Mereka harus pula mendatangi para dukun, tukang ramal, dan tukang tenung atau dengan istilah sekarang paranormal. Semua perbuatan dan keyakinan ini, merupakan keyakinan yang rusak dan bentuk kesyirikan kepada Allah.

Ringkasnya, tidak ada yang bisa memberi rizki, menyembuhkan segala macam penyakit, menolak segala macam marabahaya, memberikan segala macam manfaat, membahagiakan, menyengsarakan, menjadikan seseorang miskin dan kaya, yang menghidupkan, yang mematikan, yang meluluskan seseorang dari segala macam ujian, yang menaikkan dan menurunkan pangkat dan jabatan seseorang, kecuali Allah. Semuanya ini menuntut kita agar hanya meminta kepada Allah semata dan tidak kepada selain-Nya.

Mengenal Uluhiyah Allah

Uluhiyah Allah adalah mengesakan segala bentuk peribadatan bagi Allah, seperti berdo’a, meminta, tawakal, takut, berharap, menyembelih, bernadzar, cinta, dan selainnya dari jenis-jenis ibadah yang telah diajarkan Allah dan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Memperuntukkan satu jenis ibadah kepada selain Allah termasuk perbuatan dzalim yang besar di sisi-Nya yang sering diistilahkan dengan syirik kepada Allah.
Allah berfirman di dalam Al Qur’an:
“Hanya kepada-Mu ya Allah kami menyembah dan hanya kepada-Mu ya Allah kami meminta.” (QS. Al Fatihah: 5)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam telah membimbing Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu dengan sabda beliau:
“Dan apabila kamu minta maka mintalah kepada Allah dan apabila kamu minta tolong maka minta tolonglah kepada Allah.” (HR. Tirmidzi)

Allah berfirman:
“Dan sembahlah Allah dan jangan kalian menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun” (QS. An Nisa: 36)

Allah berfirman:
“Hai sekalian manusia sembahlah Rabb kalian yang telah menciptakan kalian dan orang-orang sebelum kalian, agar kalian menjadi orang-orang yang bertaqwa.” (QS. Al Baqarah: 21)

Dengan ayat-ayat dan hadits di atas, Allah dan Rasul-Nya telah jelas mengingatkan tentang tidak bolehnya seseorang untuk memberikan peribadatan sedikitpun kepada selain Allah karena semuanya itu hanyalah milik Allah semata.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Allah berfirman kepada ahli neraka yang paling ringan adzabnya. ‘Kalau seandainya kamu memiliki dunia dan apa yang ada di dalamnya dan sepertinya lagi, apakah kamu akan menebus dirimu? Dia menjawab ya. Allah berfirman: ‘Sungguh Aku telah menginginkan darimu lebih rendah dari ini dan ketika kamu berada di tulang rusuknya Adam tetapi kamu enggan kecuali terus menyekutukan-Ku.” ( HR. Muslim dari Anas bin Malik Radhiallahu ‘Anhu )

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Allah berfirman dalam hadits qudsi: “Saya tidak butuh kepada sekutu-sekutu, maka barang siapa yang melakukan satu amalan dan dia menyekutukan Aku dengan selain-Ku maka Aku akan membiarkannya dan sekutunya.” (HR. Muslim dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu )

Contoh konkrit penyimpangan uluhiyah Allah di antaranya ketika seseorang mengalami musibah di mana ia berharap bisa terlepas dari musibah tersebut. Lalu orang tersebut datang ke makam seorang wali, atau kepada seorang dukun, atau ke tempat keramat atau ke tempat lainnya. Ia meminta di tempat itu agar penghuni tempat tersebut atau sang dukun, bisa melepaskannya dari musibah yang menimpanya. Ia begitu berharap dan takut jika tidak terpenuhi keinginannya. Ia pun mempersembahkan sesembelihan bahkan bernadzar, berjanji akan beri’tikaf di tempat tersebut jika terlepas dari musibah seperti keluar dari lilitan hutang.

Ibnul Qoyyim mengatakan: “Kesyirikan adalah penghancur tauhid rububiyah dan pelecehan terhadap tauhid uluhiyyah, dan berburuk sangka terhadap Allah.”

Mengenal Nama-nama dan Sifat-sifat Allah

Maksudnya, kita beriman bahwa Allah memiliki nama-nama yang Dia telah menamakan diri-Nya dan yang telah dinamakan oleh Rasul-Nya. Dan beriman bahwa Allah memiliki sifat-sifat yang tinggi yang telah Dia sifati diri-Nya dan yang telah disifati oleh Rasul-Nya. Allah memiliki nama-nama yang mulia dan sifat yang tinggi berdasarkan firman Allah:

“Dan Allah memiliki nama-nama yang baik.” (Qs. Al A’raf: 186)

“Dan Allah memiliki permisalan yang tinggi.” (QS. An Nahl: 60)

Dalam hal ini, kita harus beriman kepada nama-nama dan sifat-sifat Allah sesuai dengan apa yang dimaukan Allah dan Rasul-Nya dan tidak menyelewengkannya sedikitpun. Imam Syafi’i meletakkan kaidah dasar ketika berbicara tentang nama-nama dan sifat-sifat Allah sebagai berikut: “Aku beriman kepada Allah dan apa-apa yang datang dari Allah dan sesuai dengan apa yang dimaukan oleh Allah. Aku beriman kepada Rasulullah dan apa-apa yang datang dari Rasulullah sesuai dengan apa yang dimaukan oleh Rasulullah” (Lihat Kitab Syarah Lum’atul I’tiqad Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin hal 36)

Ketika berbicara tentang sifat-sifat dan nama-nama Allah yang menyimpang dari yang dimaukan oleh Allah dan Rasul-Nya, maka kita telah berbicara tentang Allah tampa dasar ilmu. Tentu yang demikian itu diharamkan dan dibenci dalam agama. Allah berfirman:
“Katakanlah: ‘Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tampa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah (keterangan) untuk itu dan (mengharamkan) kalian berbicara tentang Allah tampa dasar ilmu.” (QS. Al A’raf: 33)

“Dan janganlah kamu mengatakan apa yang kamu tidak memiliki ilmu padanya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya akan diminta pertanggungan jawaban.” (QS. Al Isra: 36)

Wallahu ‘alam

sumber : http://www.asysyariah.com/syariah.php?menu=detil&id_online=30

Tuesday, May 26, 2009

Ustaz Abdullah Hamzah, Murabbi Lagenda Sandakan

Blog ini disapa oleh Abamuaz. Respon pertama. Jika tidak silap, abamuaz ialah Ustaz Abdullah Hamzah. Terima kasih di atas respon tersebut

Saya tidak mengenali Ustaz Abdullah Hamzah tetapi saya sangat kagum dengan ustaz. Dah lama saya cuba mengenali beliau melalui sahabat dan anak didikan beliau. Kenapa saya kagum dengan beliau?. jawapannya, Kekuatan tarbiah yang membenihkan kader dakwah di kalangan remaja.

Bagi saya, beliau adalah murabbi lagenda sandakan. berjaya menghasilkan benih-benih dakwah di bumi gersang dakwah, sandakan. Beliau umpama TG Yahya Othman, Ustaz Abu bakar Chik, TG Abdul Ghani Shamsudin, TG Siddiq Fadzil bagi gerakan Islam di negara ini. Jika bersempatan, saya sering cuba mencungkil rahsia tarbiah beliau daripada mustaman dan hasli serta rakan beliau, ustaz kamarudin. Saya juga melihat anak didik beliau yang aktif berorgamisasi seperti asti toba.

Saya berazam untuk mencontohi gerak kerja beliau, menghasilkan benih dakwah di sekolah sebelum pulang dijemputNya. Jika Ustaz Abdullah membaca tulisan ini, saya mengharapkan ustaz aktifkan blog ustaz dengan tip2 tarbiah remaja atau emailkan, spaqsandakan@gmail. Saya secara peribadi memerlukan tunjuk ajar ustaz. Bantuan ustaz sangat saya hargai.

Untuk pengetahuan ustaz, saya adalah manusia yang berasal daripada lubuk sekular. Dalam SPAQ ada beberapa ustaz. Kami baru ingin memulakan langkah dengan pelbagai kesempitan(ilmu, masa, tenaga, wang, idea). Pada peringkat ini, kami dianggap baru dilahirkan. Nak bersuara pun tak mampu lagi. Semoga ustaz mendoakan kemudahan bagi kami..

ridhwan
pengendali blog SPAQ Sandakan

Sunday, May 24, 2009

Kenapa Pelajar Maahad Cemerlang?


Tulisan : Cikgu nik
Bekan Pengajar Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu

( PK HEM Maahad Muhammadi Gua Musang)
Penasihat BT


Saya rasa teruja dengan kecemerlangan berganda yang telah dihasilkan oleh pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Memang hebatlah. Kejayaan Nik Madihah adalah yang menarik dan terbaik kerana ia berasal dari keluarga yang susah.Atas kehebatan itu maka saya rasa ingin berkongsi pengalaman saya mengajar di Maahad selama tujuh tahun 1976-2003. Saya mula mengajar sekali lah dengan cikgu Razali( papa li) dia masuk awal tahun dan saya masuk tengah tahun.

Pada tahun itu ( atau tahun sebelum, saya lupa dah) Mahaad telah mengejutkan semua dimana 3 pelajarnya dapat 10A1,peringkat Malaysia.di mana pada masa itu boleh ambil setakat 10 jah. Kemudian selang beberapa tahun Hafilah Musa pula muncul sebagai terbaik Malaysia dengan keputusan 11A1 (kalau tak silaplah).

Saya pernah juga terfikir dan berbincang dengan rakan-rakan guru yang lain. Macam mana pelajar maahad boleh jadi begitu cemerlang. Kalau nak kata gurunya terlatih dan pengalaman, rasanya tak berapa..sebab ramai yang pada masa itu tak ada diploma pendidikan, dan rata-rata cikgu yang mengajar di situ sekajap saja. Dua tiga tahun bertukar atau masuk kementerian. Guru sekolah lain berkursus setiap masa, kita pada masa itu nak jumpa kursus setahun pun payah. Rasa-rasanya mereka lebih hebat ilmu mengajar dan pengalaman kursus daripada kami.

Cuma satu perkara yang istimewa yang ada pada guru mmp pada masa itu dan saya rasa sekarang pun macam tu ialah mereka ikhlas mengajar.Mereka bertugas dan mengajar lebih daripada yang sepatutnya. Dan tak mengarapkan lebih. Kalau ada bonus Alhamdulillah kalau tak ada pun, usaha yang lebih tidak berkurang. Perbincangan tentang gaji dan habuan di bilik guru atau kantin sangat sedikit, kadang-kadang tak bincangpun.

Kalau nak kata pentadbiran cekap dan hebat, boleh lah sikit-sikit nanti apa kata pengetua pula (merujuk pada masa itu saja). Namun kalau nak bandingkan dengan sekolah MARA atau Asrama Penuh atau sekolah Bestari, jauhlah. Ada itu ini, perasarana pula tak usah ceritalah hebatnya mereka.Manakala pengetua MMP bertukar lebih kurang dua atau tiga tahun sekali. Sampai ada yang berkata di kalangan kami marilah pengetua dan guru mana-mana pun maahad akan terus cemerlang. ( Tapi saya percaya dengan pentadiran Mak Su Nah ( Mudirah loni) dialah orang yang paling lama di mmp kata orang paling banyak makan garam)

Sebaliknya boleh dikatakan guru menjadi cemerlang sebab duduk mengajar di MMP.Pernah seorang guru mengajar lebih kurang, tak buat persediaan. Dia diberi mengajar dikelas terkebelakang tingkatan tiga, masuk kelas relex. Akibatnya pelajar Tanya macam-macam tak terjawab dia. Rupa-rupanya kelas tu kelas pandai, Cuma disusun secara terbalik. Esoknya guru itu bertukung lumus buat persediaan mengajar takut kena soal oleh para pelajar. Pada masa itu kawan saya yang paling rapat ialah cikgu razali dan ustaz Adli dan merekalah paling mempuanyai persedian mengajar.

Saya sendiri masih (InsyaAllah) membawa kecermelangan dari MMP sehingga ke hari ini, iaitu penerbitan Buletin Tarbiah. Satu-satunya penerbitan yang berkala seminggu sekali sejak tahun 2000. Sehingga dapat dikembangkan kepada satu lagi penerbitan iaitu Risalah Tarbiah yang terbit setiap hari Jumaat.

Satu lagi alasan yang diberi ialah pelajar yang masuk MMP adalah pelajar yang pintar. Memang lah nak masuk MMP sangat payah, terpaksa bersaing..bayangkan 1000 lebih yang memohon tapi yang nak ambik setakat 300 saja ( pada masa itu), Terak-terak
Akibat nya ada yang lebih daripada 50 satu kelas. Pelajar bijak sama lah seperti sekolah hebat yang lain malah ada sekolah yang ambil semua pelajar 5A UPSR.

Lalu adalah yang berkata di kalangan kami, budaya belajar di MMP adalah budaya belajar yang cemerlang. Tengoklah bagaimana cara Siti Fatimah belajar, petang belajar lagi. Sebenarnya itulah budaya belajar MMP, bukan hanya Siti Fatimah seorang, budaya macam ni sudah wujud lama. Pondok atau wakaf ilmu yang dibina dimanafaatkan sepenuhnya oleh pelajar.

Akhirnya ramai dikalangan kami bersetuju bahawa kecermerlangan MMP yang utama ialah KEBERKATAN BUMI MAAHAD. Kita akan rasa lain mengajar disana.Seronok dan puas hati. Begitu juga dengan pelajar seronok dan puas hati.Di situlah lahirnya ulama-ulama yang terkenal dan tempat awal orang mencari ilmu agama dalam bentuk sekolah yang tersusun. Kalau universiti ia boleh disamakan dengan UM. Kalau pelajar yang bermasalah dia tak boleh lama duduk mmp, tak selesa. Kalau pelajar kurang pandai maka dia terpaksa berusaha bersungguh-sungguh supaya pandai.

Tulisan ini adalah pengalaman saya 7 tahun yang lepas, mungkin tak sesuai situasi MMP loni. Namun itulah yang dikatakan pengalaman.InysaAll ah jika diizinkan Allah saya pun nak hantar anak ke MMP untuk mereka belajar erti kecemerlangan di dunia dan akhirat

Semua Remaja Perempuan Bermasalah Pernah Laku Sek


KUALA LUMPUR 26 Feb. – Sungguh mengejutkan apabila kajian seorang akademik tempatan mendapati kesemua 887 pelajar perempuan yang dikategorikan sebagai “berisiko tinggi” yang menuntut di sekolah menengah di sebuah negeri kecuali seorang, mengaku pernah melakukan hubungan seks.

Penemuan yang amat membimbangkan itu menunjukkan kemerosotan mendadak nilai moral remaja perempuan di negara ini dibuat oleh Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dr. Khaidzir Ismail melalui “Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi terhadap kalangan remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah”.

Mereka yang berisiko tinggi itu terdiri daripada pelajar perempuan yang mempunyai masalah disiplin seperti kerap ponteng sekolah, melawan cakap guru dan sering melakukan salah laku lain serta berlatarbelakangkan keluarga yang bermasalah.

Melalui kajian selama tiga bulan yang berakhir Disember 2006 itu membabitkan pelajar menengah terdiri daripada tingkatan satu hingga lima, sebanyak 20 orang pelajar berisiko tinggi daripada setiap sekolah dipilih kaunselor sekolah masing-masing sebagai responden.
“Sungguh menyedihkan dan mengejutkan kerana daripada kesemua responden yang ditemu bual itu hanya seorang mengaku tidak pernah melakukan hubungan seks.
“Ini keputusan yang amat memeritkan namun ianya adalah satu realiti yang harus kita terima,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di Jabatan Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian UKM Bangi dekat sini hari ini.

Difahamkan kajian terhadap pelajar perempuan berisiko tinggi itu dilakukan berdasarkan inisiatif kerajaan negeri berkenaan yang menyedari mengenai kemerosotan moral golongan remaja di negeri itu berdasarkan kepada pendedahan yang sering dibuat media.

Hasil penemuan daripada kajian itu diharapkan dapat membantu kerajaan negeri untuk merangka modul latihan khas yang terancang dan teliti yang sesuai diterapkan kepada golongan itu.

Khaidzir berkata, kajian itu juga mendapati pelajar perempuan yang berumur lingkungan 15 dan 16 tahun adalah paling berisiko untuk terjerumus dalam pelbagai masalah disiplin termasuk cuba melakukan hubungan seks buat pertama kali.

Katanya, kajian itu juga mendapati kebanyakan pelajar perempuan itu berasal daripada keluarga bermasalah seperti ibu bapa masing-masing yang mempunyai masalah psikologi, bercerai, mengalami masalah kewangan dan kebanyakannya tinggal di rumah kos rendah.
“Kajian juga menunjukkan bahawa masalah itu bukan berasal daripada pelajar itu sahaja tetapi juga disebabkan pengaruh masalah rumah tangga yang dihadapi oleh ibu bapa mereka akibat tekanan hidup dan masalah lain,” katanya.

Beliau berkata, selain terbabit dalam hubungan seks, kajian juga mendapati 98 peratus daripada mereka mengaku mengambil dadah, terlibat dalam kongsi gelap (98 peratus), bahan lucah (97.3 peratus), berjudi (96.8 peratus), vandalisme (85.4 peratus) dan ponteng sekolah (77.2 peratus).

Khaidzir berkata, hasil kajian itu adalah satu petunjuk bahawa generasi kini berhadapan dengan masalah sosial yang kritikal.
“Walaupun hasil kajian ini agak mengejutkan, namun semua pihak perlu sedar tentang peranan mereka untuk membantu pelajar terbabit, bukannya menunding jari dan menghukum tanpa memberi jalan penyelesaian terbaik,” katanya.

Katanya, kebanyakan pelajar itu mempunyai kekurangan daripada aspek kemahiran akademik, komunikasi, memiliki kendiri yang rendah, kawalan diri yang rendah dan kemahiran penyelesaian masalah yang rendah.

Saturday, May 23, 2009

ONANI

Askm…saya seorang remaja yang kerap melakukan onani..saya telah lakukan sejak umur 14 tahun..kini umur saya 24 tahun…saya telah beberapa kali untuk meniggalkan perbuatan ini tetapi tidak berhasil…apakah nasihat dr untuk saya meninggalkan perkara keji ini…apakah kesan daripada perbuatan onani ini…saya amat berharap dapat penjelasan dr..saya risau dr..tolonglah saya..saya tak sanggup lagi nak menanggung dosa perbuatan saya ini…

Onani atau masturbation ialah perbuatan mengeluarkan air mani dan memuaskan nafsu syahwat dengan menggunakan tangan atau alat-alat tertentu. Tidak ada sebarang nas yang jelas mengharamkan onani, namun kebanyakan ulama mengharamkannya, antaranya Imam Malik. Ia adalah berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Dan mereka (iaitu orang mukmin yang berjaya) memelihara kemaluan mereka melainkan kepada isteri-isteri dan hamba-hamba perempuan mereka, dan yang demikian itu tidaklah dicela. Dan sesiapa yang mencari yang lain daripada ini, mereka adalah golongan yang melampaui batas. ” (Surah Al-Mukminun ayat 6-7)

Berdasarkan ayat ini, syariat mengizinkan seseorang melepaskan syahwatnya kepada isteri-isteri dan hamba-hamba perempuan, dan yang lain daripada itu, termasuk onani, adalah diharamkan. Imam Ahmad bin Hanbal mempunyai pendapat yang berbeza. Onani, bagi beliau, termasuk di dalam aspek mengeluarkan sesuatu yang sudah berlebihan, justeru ia diharuskan dan tidak diharamkan.

Pendapat ini diperkukuhkan oleh Ibn Hazm. Imam Abu Hanifah pula mengharuskannya di dalam dua keadaan, pertama ketika dikhuatiri akan berzina dan kedua, bagi mereka yang tidak mampu untuk berkahwin. Justeru, Islam memberi beberapa kelonggaran berhubung dengan onani. Walau bagaimanapun, apabila seseorang berasa terangsang untuk melakukan onani kerana sering kali melihat gambar dan video lucah atau membaca buku-buku lucah hukum haram adalah lebih sesuai baginya.

Antara perkara yang perlu dilakukan untuk mengawal gelora nafsu seks ialah:

1- Menjaga ibadah teruatamanya yang wajib dan melaksanakannya dengan penuh khusyuk. Solat, sebagai contoh, jika dilakukan dengan khusyuk mampu mencegah seseorang daripada kemungkaran dan dosa. Dalam surah al-Ankabut ayat 45, Allah berfirman, “Sesungguhnya solat dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar.”

2- Laksanakan puasa seminggu dua kali (hari Isnin dan Khamis) atau selang sehari (puasa Nabi Daud). Nabi bersabda yang bermaksud: “Wahai pemuda, sesiapa di antara kamu yang berkemampuan hendaklah dia berkahwin sebab perkahwinan dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa.” (Riwayat Bukhari)

3- Libatkan diri dengan aktiviti kebajikan. Masukilah NGO kebajikan yang sesuai agar penglibatannya dapat dilakukan secara sistematik. Dalam surah al-Haj ayat 77 Allah berfirman, “Rukuk dan sujudlah dan laksanakanlah ibadah serta lalukanlah kebaikan semoga dengan itu kamu akan berjaya”.

4- Banyaklah memejam mata (bukan tidur) dan pada ketika yang sama denyutkan lidah dan hati untuk berzikir kepada Allah. Dalam surah Al-Ahzab ayat 35 Allah menceritakan tentang golongan yang mendapat ganjaran yang istimewa daripada Allah. Antaranya ialah, “Golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.” Nabi menggelar golongan yang banyak berzikir kepada Allah sebagai Al-Mufarridun. Mengikut Imam Muslim nabi bersabda, “Golongan Al-Mufarridun akan mendahului.” Sahabat-sahabat bertanya, “Siapakah mereka yang mufarridun itu ya Rasulullah?” Bersabda nabi, “Lelaki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah.”

5- Berikan tumpuan kepada pelajaran. Letakkan satu matlamat pencapaian yang hendak dicapai berhubung pelajaran itu, sebagai contoh, hendak mendapat semua A, dan selepas itu susuli dengan tumpuan dan usaha. Allah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 122, “Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi daripada tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalami pengetahuan mereka tentang agama untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka kembali kepada mereka supaya mereka itu dapat menjaga diri.” Ayat ini menjelaskan tentang kepentingan sebahagian daripada umat Islam terlibat dalam bidang peperangan dan sebahagian yang lain mendalami ilmu-ilmu agama agar mereka dapat mengingatkan rakan-rakan mereka yang lain tentangnya. Inilah yang dimaksudkan dengan ilmu fardu kifayah dan ilmu fardu kifayah melibatakan agama dan kehidupan, termasuk aspek sains dan teknologi.

6- Berkawanlah dengan golongan yang baik. Berhati-hatilah ketika memilih kawan. Mengikut Imam Tirmizi, Nabi bersabda yang bermaksud, “Manusia mengikut agama kawannya. Maka hendaklah diperhatikan orang yang hendak dijadikan sebagai kawan”.

Semoga Allah mempermudahkan.

Dr Danial Zainal Abidin